Teknologi vermikompos
PENGENALAN
Kaedah pengomposan
VERMICOMPOSTING adalah satu kaedah pengomposan secara bioteknologi dimana
mengabungkan peranan cacing kompos dan mikroorganisma pengurai bagi
mempercepatkan proses pengomposan. Baja kompos yang terhasil dikenali sebagai
baja vermikompos, ianya adalah tahi cacing yang terhasil apabila cacing kompos
memakan bahan-bahan organik dari sisa pertanian.
- Oleh kerana kaedah ini atas bantuan kehadiran oksigen, proses pengomposan tidak akan mendatangkan bau busuk seperti yang berlaku pada pengomposan biasa Tempoh pengomposan akan menjadi lebih cepat dan berjalan lancar.
- Baja vermikompos yang dihasilkan merupakan baja organik yang sangat berguna keranan mengandungi nutrien mikro dan makro yang amat diperlukan oleh tanaman dan mudah diserap.
SPESIES CACING YANG BOLEH DIGUNAKAN
•
Antara ciri utama adalah cacing vermikompos adalah ;
1. Suka memakan lapisan atas
2. Selera makan yang tajam (makan ikut berat badan)
3. Membiak dengan cepat
• Hanya 4 spesies cacing yang telah dikenal pasti sesuai digunakan untuk
tujuan vermicomposting di Malaysia seperti cacing Afrika(Eudrilus eugeniae),
cacing biru (Perionyx excavatus), cacing merah(Lumbricus rubellus) dan cacing
harimau(Eisenia Fetida).
Gambar cacing
(Eudrilus eugeniae)
Gambar cacing merah
(Lumbricus rubellus)
Cacing harimau
(Eisenia Fetida)
Cacing biru
(Perionyx excavatus)
KEBAIKAN BAJA VERMIKOMPOS
1.Baja kompos yang terbaik
2. Produktiviti meningkat 70% - 300%
3.Hormon pembesaran : auxin, cytokinin,
giberilline
4.Mengandungi 17 jenis nutrien termasuk N, P dan K yang diperlukan oleh
tumbuh-tumbuhan
5. Nutrien adalah dalam bentuk tersedia yang diserap oleh pokok
6. Tidak membakar pokok/selamat untuk semua tanaman walaupun baja terkena pokok
7.Mengandungi humic acid yang mengikat nutrient pokok dan membebaskan hanya
bila diperlukan oleh pokok
8. Meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur.
9. Kurang masalah perosak
10.Mutu rasa & ketahanan hasil (rasa
crunchy & shelf-life lebih lama).
11.Penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah sudah dapat dipulihkan
kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan
lebih efisien.
GAMBAR KESAN PENGUNAAN BAJA VERMIKOMPOS TERHADAP SAYURAN
BAHAN-BAHAN PEMBUATAN BAJA VERMIKOMPOS
•
Sisa sayuran
•
Kulit buah-buahan
•
Rumput dan daun reput
•
Tandan sawit
•
Surat khabar lama
•
Batang pisang
•
Jerami padi
•
Tahi kambing, lembu
dan ayam
•
Bahan buangan organik
yang boleh mereput
ELAKAN
Makanan beracun,
Berasid
Berminyak
Masam
Pedas
Getah
Kimia,
Tulang
Daging
Produk tenusu.
Gambar bahan-bahan buangan organik yang boleh digunakan.
PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN ASAS
1. Bahan asas terdiri daripada najis haiwan yang makan hijau
seperti tahi kambing, tahi lembu, tahi kuda dan tahi kerbau. Bagi bahan
tersebut, najis ternakan perlulah sudah cukup lama dan bukan yang baru. Najis
haiwan tersebut perlu direndam antara 2-3 hari bagi membunuh serangga seperti
semut dan lipan yang menjadi musuh cacing, selain itu bagi mengurangkan
kandungan garam dalam najis ternakan. Selepas direndam, najis ternakan tersebut
perlu ditoskan selama 1 hari sebelum digunakan. Boleh digunakan 100% dalam
membuat baja vermikompos atau pun dicampur dengan bahan lain seperti sisa
tumbuhan.
2. Bagi bahan asas dari tumbuhan seperti jerami padi,
daun, rumput dan tandan sawit memerlukan masa lebih lama sebelum diberi kepada
cacing vermikompos. Semua bahan-bahan tersebut perlu pra kompos dimana
bahan-bahan seperti jerami padi, rumput dan sisa daun perlu direndam selama 2-3
minggu bagi melembutkan bahan organik tersebut sebelum dimakan cacing. Namun
bagi bahan yang keras seperti tandan sawit, perlu masa lebih lama sehingga 6
bulan baru diberi makan cacing iaitu setelah tandan sawit menjadi separuh
reput.
3. Bagi bahan-bahan seperti sisa sayuran dan kulit
buah-buahan seperti kulit durian, boleh simpan terus di permukaan tempat proses
baja vermikompos.
4. Tempat proses baja vermikompos bergantung kepada
kreativiti masing-masing, antara tempat proses vermikompos yang boleh digunakan
adalah seperti besen, kotak kayu, tray, kanvas dan menggunakan kolam simen.
Gambar menunjukkan tahi kambing direndam dalam tong selama 3 hari.
Gambar bekas proses baja vermikompos bergantung dengan kreativiti
PROSES MEMASUKKAN CACING
- Media diuji dahulu sebelum cacing dimasukkan.
- Masukkan 3 – 5 ekor cacing ke atas media. Biar 5 minit. Jika cacing masuk dan tidak berlegar di permukaan, media dianggap sudah stabil. Masukkan semua induk lain
- Induk dimasukkan ke semua bahagian kotak secara sekata.
- Sapukan minyak serai wangi di sekeliling kotak untuk menghalang cacing keluar. 3 hari pertama adalah masa kritikal penyesuaian cacing dengan sarang baru. Anda dinasihat menyalakan lampu pada 3 malam pertama.
PENJAGAAN HARIAN
- Pastikan media di bahagian atas tidak kering. Sembur air secara nipis.
- Buang cacing yang mati. Cacing mati mengundang hama dan suasana yang tidak menyenangkan cacing lain.
- Gemburkan media jika terlalu tebal. Media setebal 2 inci tidak perlu digembur. Aktiviti mengembur mengganggu aktiviti cacing. Cacing juga suka keluar dari sarang jika sarang diganggu.
- Penuaian cacing hanya sesuai dilakukan apabila media sudah menjadi baja.
MUSUH CACING
Musuh utama cacing adalah semut. Semut sekiranya tidak
dikawal akan menyerang cacing secara berkumpulan dan menyebabkan kematian
cacing. Langkah pencegahan dapat dilakukan dengan mengikat kain yang sudah
direndam dengan minyak hitam atau dengan meletakan takungan bekas berisi air di
kaki bekas memproses baja vermikompos. Musuh yang lain adalah seperti burung,
ayam kampung dan lalat.
KAEDAH PENUAIAN
Baja vermikompos yang sudah
dimakan cacing akan menhasilkan agregat-agregat kecil yang berbutir-butir. Baja
vermikompos yang sudah matang dapat dikenalpasti melalui pemerhatian secara
fizikal. Terdapat beberapa kaedah untuk
menuai baja vermikompos, Ada tiga kaedah disyorkan,
1. Kaedah pencahayaan
v Bentangkan plastik pengalas bersaiz besar di atas lantai.
v Tuangkan medium dari dalam bekas ke atasnya dan bahagikan kepada 8 – 10
kelompok.
v Pancarkan cahaya pada setiap kelompok medium. Cacing akan bergerak ke bawah untuk mengelak cahaya. Keluarkan medium di bahagian atas menggunakan berus cat sehingga tinggal
hanya kelompok cacing.

v Kosongkan bahagian tengah kotak ternakan. Media lama bersama cacing di
kiri kanan
kotak secara memanjang. Masukkan medium baru ke dalam bahagian yang telah dikosongkan. Secara perlahan, cacing akan berpindah ke bahagian medium yang baru.
v Keluarkan semua medium lama walaupun akan terdapat beberapa cacing
didalamnya.
3. Kaedah pengayakkan
v Masukkan medium yang bercampur cacing dan baja ke dalam alat pengayak.
v Goyangkan pengayak sehingga hanya cacing akan tertinggal tetapi baja
keluar dari
jaring pengayak. Masukkan semula cacing ke dalam bekas dengan medium baru
v Cara ini sesuai jika media sudah hampir kering.


























Hai. Cacing harimau ini ada jual ke?
ReplyDeleteCacing Afrika saja ada jual Di Sabah..wasap 0148743687
Delete