Teknologi vermikompos


PENGENALAN

Kaedah pengomposan VERMICOMPOSTING adalah satu kaedah pengomposan secara bioteknologi dimana mengabungkan peranan cacing kompos dan mikroorganisma pengurai bagi mempercepatkan proses pengomposan. Baja kompos yang terhasil dikenali sebagai baja vermikompos, ianya adalah tahi cacing yang terhasil apabila cacing kompos memakan bahan-bahan organik dari sisa pertanian.





KELEBIHAN MEMBUAT BAJA VERMIKOMPOS DENGAN BANTUAN CACING KOMPOS



  1.  Oleh kerana kaedah ini atas bantuan kehadiran oksigen, proses  pengomposan tidak  akan mendatangkan bau busuk seperti yang berlaku pada pengomposan biasa Tempoh pengomposan akan menjadi lebih cepat dan berjalan lancar.
  2.  Baja vermikompos yang dihasilkan merupakan baja organik yang sangat berguna keranan mengandungi nutrien mikro dan makro yang amat diperlukan oleh tanaman dan mudah diserap.


 

SPESIES CACING YANG BOLEH DIGUNAKAN

      Antara ciri utama adalah cacing vermikompos adalah ;
1. Suka memakan lapisan atas
2. Selera makan yang tajam (makan ikut berat badan)
3. Membiak dengan cepat

  Hanya 4 spesies cacing yang telah dikenal pasti sesuai digunakan untuk tujuan vermicomposting di Malaysia seperti cacing Afrika(Eudrilus eugeniae), cacing biru (Perionyx excavatus), cacing merah(Lumbricus rubellus) dan cacing harimau(Eisenia Fetida).

 




Gambar cacing 
(Eudrilus eugeniae)














Gambar cacing merah
(Lumbricus rubellus)













Cacing harimau
(Eisenia Fetida)












Cacing biru
(Perionyx excavatus)











KEBAIKAN BAJA VERMIKOMPOS
1.Baja kompos yang terbaik

2. Produktiviti meningkat 70% - 300%
3.Hormon pembesaran :  auxin, cytokinin, giberilline
4.Mengandungi 17 jenis nutrien termasuk N, P dan K yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan
5. Nutrien adalah dalam bentuk tersedia yang diserap oleh pokok
6. Tidak membakar pokok/selamat untuk semua tanaman walaupun baja terkena pokok
7.Mengandungi humic acid yang mengikat nutrient pokok dan membebaskan hanya bila diperlukan oleh pokok
8. Meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur.

9. Kurang masalah perosak
10.Mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama).
11.Penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah  musim ketiga apabila mutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.

GAMBAR KESAN PENGUNAAN BAJA VERMIKOMPOS TERHADAP SAYURAN

BAHAN-BAHAN PEMBUATAN BAJA VERMIKOMPOS
      Sisa sayuran
      Kulit buah-buahan
      Rumput dan daun reput
      Tandan sawit
      Surat khabar lama
      Batang pisang
      Jerami padi
      Tahi kambing, lembu dan ayam
      Bahan buangan organik yang boleh mereput

   ELAKAN

    Makanan beracun,
    Berasid
    Berminyak
    Masam
    Pedas
    Getah
    Kimia,
    Tulang
    Daging
    Produk tenusu.


      Gambar bahan-bahan buangan organik yang boleh digunakan.


 

 




PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN ASAS

1. Bahan asas terdiri daripada najis haiwan yang makan hijau seperti tahi kambing, tahi lembu, tahi kuda dan tahi kerbau. Bagi bahan tersebut, najis ternakan perlulah sudah cukup lama dan bukan yang baru. Najis haiwan tersebut perlu direndam antara 2-3 hari bagi membunuh serangga seperti semut dan lipan yang menjadi musuh cacing, selain itu bagi mengurangkan kandungan garam dalam najis ternakan. Selepas direndam, najis ternakan tersebut perlu ditoskan selama 1 hari sebelum digunakan. Boleh digunakan 100% dalam membuat baja vermikompos atau pun dicampur dengan bahan lain seperti sisa tumbuhan.

2. Bagi bahan asas dari tumbuhan seperti jerami padi, daun, rumput dan tandan sawit memerlukan masa lebih lama sebelum diberi kepada cacing vermikompos. Semua bahan-bahan tersebut perlu pra kompos dimana bahan-bahan seperti jerami padi, rumput dan sisa daun perlu direndam selama 2-3 minggu bagi melembutkan bahan organik tersebut sebelum dimakan cacing. Namun bagi bahan yang keras seperti tandan sawit, perlu masa lebih lama sehingga 6 bulan baru diberi makan cacing iaitu setelah tandan sawit menjadi separuh reput.

3. Bagi bahan-bahan seperti sisa sayuran dan kulit buah-buahan seperti kulit durian, boleh simpan terus di permukaan tempat proses baja vermikompos.

4. Tempat proses baja vermikompos bergantung kepada kreativiti masing-masing, antara tempat proses vermikompos yang boleh digunakan adalah seperti besen, kotak kayu, tray, kanvas dan menggunakan kolam simen.


Gambar menunjukkan tahi kambing direndam dalam tong selama 3 hari.



Gambar bekas proses baja vermikompos bergantung dengan kreativiti






PROSES MEMASUKKAN CACING

  •          Media diuji dahulu sebelum cacing dimasukkan.
  •         Masukkan 3 – 5 ekor cacing ke atas media. Biar 5 minit. Jika cacing  masuk dan tidak berlegar di  permukaan, media  dianggap sudah stabil. Masukkan semua induk lain
  •         Induk dimasukkan ke semua bahagian kotak secara sekata.
  •     Sapukan minyak serai wangi di sekeliling kotak untuk menghalang cacing keluar.  3 hari pertama adalah masa kritikal penyesuaian cacing dengan sarang baru. Anda dinasihat menyalakan lampu pada 3 malam pertama.



 


PENJAGAAN HARIAN

  •      Pastikan media di bahagian atas tidak kering. Sembur air secara nipis.
  •    Buang cacing yang mati. Cacing mati mengundang hama dan suasana yang tidak menyenangkan cacing lain.
  •     Gemburkan media jika terlalu tebal. Media setebal 2 inci tidak perlu digembur. Aktiviti mengembur mengganggu aktiviti cacing. Cacing juga suka keluar dari sarang jika sarang diganggu.
  •       Penuaian cacing hanya sesuai dilakukan apabila media sudah menjadi baja.


MUSUH CACING

Musuh utama cacing adalah semut. Semut sekiranya tidak dikawal akan menyerang cacing secara berkumpulan dan menyebabkan kematian cacing. Langkah pencegahan dapat dilakukan dengan mengikat kain yang sudah direndam dengan minyak hitam atau dengan meletakan takungan bekas berisi air di kaki bekas memproses baja vermikompos. Musuh yang lain adalah seperti burung, ayam kampung dan lalat.

 

KAEDAH PENUAIAN

Baja vermikompos yang sudah dimakan cacing akan menhasilkan agregat-agregat kecil yang berbutir-butir. Baja vermikompos yang sudah matang dapat dikenalpasti melalui pemerhatian secara fizikal. Terdapat beberapa kaedah untuk menuai baja vermikompos, Ada tiga kaedah disyorkan,

1. Kaedah pencahayaan

v   Bentangkan plastik pengalas bersaiz besar di atas lantai.
v   Tuangkan medium dari dalam bekas ke atasnya dan bahagikan kepada 8 – 10 kelompok.
v  Pancarkan cahaya pada setiap kelompok medium. Cacing akan bergerak ke bawah untuk mengelak cahaya. Keluarkan medium di bahagian atas menggunakan berus cat sehingga tinggal hanya kelompok cacing.


 
 2. Kaedah pecah dan Asing

v        Kosongkan bahagian tengah kotak ternakan. Media lama bersama cacing di kiri kanan
   kotak secara memanjang. Masukkan medium baru ke dalam bahagian yang telah     dikosongkan. Secara perlahan, cacing akan berpindah ke bahagian medium yang baru.
v       Keluarkan semua medium lama walaupun akan terdapat beberapa cacing didalamnya.
 

3. Kaedah pengayakkan

v    Masukkan medium yang bercampur cacing dan baja ke dalam alat pengayak.
v   Goyangkan pengayak sehingga hanya cacing akan tertinggal tetapi baja keluar dari
    jaring pengayak. Masukkan semula cacing ke dalam bekas dengan medium baru
v   Cara ini sesuai jika media sudah hampir kering.

 


Comments

Post a Comment